Sunday, December 23, 2012

my 2012 reviews

Hi-ya.
Good day everyone.

Pejam celik pejam celik, dalam masa 7 hari lagi tahun 2012 akan meninggalkan kita. Terlalu banyak perkara, manis, pahit, masam, masin berlaku dalam kehidupan aku pada tahun ini. Perkara yang pahit itu aku ingin lupakan tapi bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi kalau kita kehilangan orang yang kita sayang. Tak mungkin dapat kita lupakan sampai bila-bila kan? Dah, lupakan sejenak perkara yang sedih. I am trying effing hard to stay strong and I do believe Allah will not burden us with something He knows we couldn't afford to handle. Semuanya ada hikmah.

Tahun ini juga maybe rezeki aku untuk menjejakkan kaki ke negara matahari terbit, Jepun. Selama hidup aku tak pernah bayangkan untuk menjejakkan kaki ke sini. Erm, ppstttt, actually, Jepun tak masuk dalam list negara yang nak aku jejak pun sebab tu tak pernah bayang. TROLOLOLOLsss.

And tahun ini juga rezeki aku dapat meng'upgrade' hubungan kepada status bertunang. In shaa Allah tahun depan aku akan berubah status menjadi isteri orang. Yang ini pun aku tak pernah bayangkan juga. Menjadi isteri orang di awal usia 24 tahun. Selama ini aku bajet aku nak kahwin usia 27 or 28. Maybe rezeki. Allah berkehendakkan. Aku cuma merancang. Dia yang menentukan. Dan aku yakin semua yang Dia tentukan untuk aku adalah yang terbaik. Ini semua rezeki daripadanya.

Tahun ini juga aku mampu untuk membeli kereta aku sendiri. I have an asset finally. Jyeahhhhh. Yang best nya sebab guna duit sendiri. Bila kita beli something dengan usaha kita sendiri dan hasil titik peluh kita sendiri baru kita dapat rasa betapa kita menghargai sesuatu itu. Dan in shaa Allah lepas sahaja habis belajar aku nak kerja dan nak beli rumah. Itu target aku sekarang. Lepas rumah aku nak beli tanah. Dah beli tanah baru aku akan beli kereta baru. Ekhem. Dalam hati ini berkehendakkan BMW ngan Volkswagen. Duniawi sungguh. Haha.

Untuk tahun 2013, apa yang aku harapkan ialah, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk ibu dan family aku, majlis perkahwinan akan berjalan dengan baik tanpa ada masalah yang pelik pelik, dapat habis belajar dan dapat menjadi lecturer di mana mana institusi or researcher or engineer di mana mana company, menjadi isteri yang terbaik buat suami, menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu ayah, menjadi ibu (sempat ke tahun depan? huhu) yang baik untuk bakal anak anak, dan menjadi muslimah yang solehah untuk Maha Pencipta.

In shaa Allah. Dengan izin Allah aku berdoa dan berharap semoga apa yang aku harapkan adalah seperti yang aku harapkan. :)