Tuesday, March 3, 2015

Lupa Ingatan

Ya Allah.
Hati tiba-tiba meronta nak tengok blog yang dah lama ditinggalkan. Belek belek blog, tahu tak dah berapa lama aku tak blogging? Nak masuk dua tahun. Dah beranak pinak dah aku sekarang. Hihi.
Maybe sekarang nak start balik blogging. Sebab apa? Sebab nak share everything tentang parenting (even though aku tak rasa pun aku ni a good parent pun but just sharing pengalaman for a first time parent. :) ), travelling ( sebab aku suka travel tak kisah dalam negara luar negara, as long as going somewhere to find your true self? hehe. Aku banyak dah merantau tapi tak banyak gambar aku ambil, so nanti nak restart balik memory kalau ada masa belek belek gambar lama. :) ) , memasak (kot? sebab hobi aku ialah memasak. ) dan banyak lagi lah.

P/S: Last post baca balik ada nak share something. It was November 2013. Nak share yang saya akan dapat baby. But tak sempat nak share. Baby nya dah keluar dah pun. Dah nak masuk 8 bulan. Hihi. Pardon me. Lamaaa sangat dah sampai tak ingat nak share. :)

Meh nak share gambar baby je lah. Hihi.


Sunday, November 3, 2013

Awal Muharram

Hari ini, 4 November 2013.
Esok, 5 November 2013.

Tengok dalam kalendar Masihi, masih dalam bulan yang sama.
Tapi untuk kalendar Islam, esok adalah tahun baru bagi 1435 Hijrah.

Selamat Tahun Baru kepada semua.
Apa yang baik dan buruk yang berlaku sepanjang setahun yang lepas jadikan pengajaran dan tauladan untuk kehidupan pada masa yang akan datang.

Bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan untuk kita selama kita hidup di dunia ni.
Alhamdulillah.

See ya in the next post!

P/S: Saya ada something nak share untuk next post. Stay tuned. :)

Friday, February 8, 2013

Suri di Hati

Assalamualaikum.
Oyasuminasai.

Hari ini genap sembilan belas hari lagi inshaaAllah aku akan menjadi suri hidup buat Mohd Ridhuan. Hati dan perasaan tak tahu nak digambarkan macam mana. Sedih, gembira, teruja, risau. Serius! Semua bercampur baur. Apa yang aku inginkan dan harapkan, supaya aku mampu untuk menjadi suri hidup yang terbaik buat dia.

Semoga apa yang kami rancangkan berjalan lancar. Semoga Tuhan memperkenan kan doa kami selama ini. Aamiin.


Monday, February 4, 2013

Kejadian 2 Februari 2013

Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Walaupun aku dah berusaha tapi sekiranya itu bukan hak dan rezeki aku, aku redha.

Setiap kali aku berasa sedih dan rasa kehilangan ataupun rasa tak seronok, aku akan cuba memandang ke bawah. Memandang nasib orang lain yang lagi tak berdaya berbanding diri aku. Orang yang lebih kehilangan, org yang lebih tak bernasib baik. Dengan cara itu aku dapat rasakan betapa bertuah nya menjadi AKU.

Aku mempunyai keluarga yang sangat penyayang dan dangat memahami. Dan aku juga sangat sangat bersyukur kerana aku juga inshaaAllah dikurniakan dengan bakal imam yang sangat menyayangi aku dan sangat sabar dengan sikap aku. Dan aku yakin, dia mampu menjadi imam terbaik buat aku.

Bagi aku setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku yakin pada Qada' dan Qadar Allah yang sudah tersurat untuk aku. Mungkin ini harus dijadikan pengajaran untuk aku supaya aku lebih berhati hati dalam menilai erti baik dan buruk kehidupan ini pada masa yang akan datang. InshaaAllah.


Wednesday, January 30, 2013

Wedding #3


it's new year!first entry for this month, this year, is my wedding checklist.hihi.so here we go!


MY WEDDING CHECKLIST (updated:1st January 2013)

1. nikah, sanding & bertandang date
 - my side : akad : done - 1 MAC 2013 , sanding : done - 2 MAC 2013
 - his side : done - 11 MEI 2013 

2. kursus kahwin & legal docs 
 - my side : done
 - his side : done

3. venue
 - my side : akad : done - RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN, sanding : done - BALLROOM PENVIEW HOTEL
 - his side : done - RUMAH PENGANTIN LELAKI

4. catering & canopy
 - my side : done
 - his side : not done

5. pelamin & decor
 - my side : akad : done - RIMIZIE PELAMIN , sanding : done - KHAI WEDDING DECO
 - his side : not done


6. photographer
 - my side : akad and sanding : done - IEWAN PHOTOGRAPHY
 - his side : sambut menantu : done - MINISTRY OF MOMENT



7. wedding outfit
 - my side : akad : done - HOUSE OF TUDUNG
                  sanding : done - ZSD BRIDAL
 - his side : dalam process pembuatan - HARIZ TEAM AND WEDDING


8. makeup
 - my side : akad : done - HOUSE OF TUDUNG
                 sanding : done - RAHIM BRIDAL
 - his side : not done

9. bunga pahar
 - my side : done
 - his side : not done


10. hantaran
 - my side : 9 dulang : barang dah beli cuma nak tinggal decor lagi
 - his side : 7 dulang : done - DIY

12. ring & bracelet 

 - my side : not done
 - his side : done



13. invitation card
 - my side : done - KADKAHWINKU.COM
 - his side : not done

14. cake
 - my side : done
 - his side : tak perlu kot. so kira DONE

15. tok kadi
 - done

16. handbouquet 
 - not done for both sides

17. guest list
 - my side : done
 - his side : tak perlu kot. so kira DONE


18. ceremony, entertainment & kompang
 - my side : mommy and bro in law punya kerja. :)
 - his side : not done

19. pengapit
 my side : done
 - his side : tak perlu kot pengapit sebab tak bersanding. so kira DONE! :)

20. dresses for family
 - tak tahu la pula part ni. :O

21. wedding heels 
 -  both sides : done - PRIMAVERA

22. event itinerary
- my side : done
- his side : not done

23. wedding props
both sides not done

24. homestay
 
- my side : done
 - his side : not done


25. honeymoon plan 
- DONE!!!! haha! :P

Kira kira dah banyak tak warna MERAH?
hehe.
banyak both his side belum setel sebab majlis bulan 5 so tak perlu rush sangat kot. Hehe. :)

Sunday, December 23, 2012

my 2012 reviews

Hi-ya.
Good day everyone.

Pejam celik pejam celik, dalam masa 7 hari lagi tahun 2012 akan meninggalkan kita. Terlalu banyak perkara, manis, pahit, masam, masin berlaku dalam kehidupan aku pada tahun ini. Perkara yang pahit itu aku ingin lupakan tapi bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi kalau kita kehilangan orang yang kita sayang. Tak mungkin dapat kita lupakan sampai bila-bila kan? Dah, lupakan sejenak perkara yang sedih. I am trying effing hard to stay strong and I do believe Allah will not burden us with something He knows we couldn't afford to handle. Semuanya ada hikmah.

Tahun ini juga maybe rezeki aku untuk menjejakkan kaki ke negara matahari terbit, Jepun. Selama hidup aku tak pernah bayangkan untuk menjejakkan kaki ke sini. Erm, ppstttt, actually, Jepun tak masuk dalam list negara yang nak aku jejak pun sebab tu tak pernah bayang. TROLOLOLOLsss.

And tahun ini juga rezeki aku dapat meng'upgrade' hubungan kepada status bertunang. In shaa Allah tahun depan aku akan berubah status menjadi isteri orang. Yang ini pun aku tak pernah bayangkan juga. Menjadi isteri orang di awal usia 24 tahun. Selama ini aku bajet aku nak kahwin usia 27 or 28. Maybe rezeki. Allah berkehendakkan. Aku cuma merancang. Dia yang menentukan. Dan aku yakin semua yang Dia tentukan untuk aku adalah yang terbaik. Ini semua rezeki daripadanya.

Tahun ini juga aku mampu untuk membeli kereta aku sendiri. I have an asset finally. Jyeahhhhh. Yang best nya sebab guna duit sendiri. Bila kita beli something dengan usaha kita sendiri dan hasil titik peluh kita sendiri baru kita dapat rasa betapa kita menghargai sesuatu itu. Dan in shaa Allah lepas sahaja habis belajar aku nak kerja dan nak beli rumah. Itu target aku sekarang. Lepas rumah aku nak beli tanah. Dah beli tanah baru aku akan beli kereta baru. Ekhem. Dalam hati ini berkehendakkan BMW ngan Volkswagen. Duniawi sungguh. Haha.

Untuk tahun 2013, apa yang aku harapkan ialah, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk ibu dan family aku, majlis perkahwinan akan berjalan dengan baik tanpa ada masalah yang pelik pelik, dapat habis belajar dan dapat menjadi lecturer di mana mana institusi or researcher or engineer di mana mana company, menjadi isteri yang terbaik buat suami, menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu ayah, menjadi ibu (sempat ke tahun depan? huhu) yang baik untuk bakal anak anak, dan menjadi muslimah yang solehah untuk Maha Pencipta.

In shaa Allah. Dengan izin Allah aku berdoa dan berharap semoga apa yang aku harapkan adalah seperti yang aku harapkan. :)


Friday, November 23, 2012

Busy and Hectic Life

I am truly sorry.
I don't have enough time to entertain my blog ever since I came to Japan last 3 weeks. 
I do hope I have the opportunity to do so but unfortunately, negative. HOHO

Maybe someday.
One good day.
One fine day.
Bye for now.
Till then!