Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Walaupun aku dah berusaha tapi sekiranya itu bukan hak dan rezeki aku, aku redha.
Setiap kali aku berasa sedih dan rasa kehilangan ataupun rasa tak seronok, aku akan cuba memandang ke bawah. Memandang nasib orang lain yang lagi tak berdaya berbanding diri aku. Orang yang lebih kehilangan, org yang lebih tak bernasib baik. Dengan cara itu aku dapat rasakan betapa bertuah nya menjadi AKU.
Aku mempunyai keluarga yang sangat penyayang dan dangat memahami. Dan aku juga sangat sangat bersyukur kerana aku juga inshaaAllah dikurniakan dengan bakal imam yang sangat menyayangi aku dan sangat sabar dengan sikap aku. Dan aku yakin, dia mampu menjadi imam terbaik buat aku.
Bagi aku setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku yakin pada Qada' dan Qadar Allah yang sudah tersurat untuk aku. Mungkin ini harus dijadikan pengajaran untuk aku supaya aku lebih berhati hati dalam menilai erti baik dan buruk kehidupan ini pada masa yang akan datang. InshaaAllah.
No comments:
Post a Comment